Sumbangan solo Jo_Kwon

Televisyen

Jo Kwon kerap muncul sebagai tetamu dalam rancangan anekaragam seperti "Star King", terkenal dengan jenaka tariannya yang semberono dan lucu. Dia merupakan sebahagian "Dirty Eyed Girls" dalam sebuah episod rancangan anekaragam 2PM, "Wild Bunny", mempersembahkan sebuah parodi lagu popular Brown Eyed Girls, Abracadabra. Muzik videonya kemudian menjadi sangat popular.[4]

Dalam September 2009, Jo Kwon merupakan salah seorang MC utama untuk rancangan anekaragam bersifat alam sekitar SBS, "Find it! Green Gold" bersama Shindong Super Junior, Kim Hyung Joon SS501, dan bekas anggota Fly To The Sky, Brian Joo. Dia turut menggantikan Jaebeom yang terlibat dengan satu kontroversi internet, untuk rancangan anekaragam kebudayaan bersejarah, Nodaji.[5] Kedua-dua rancangan tersebut telah dihentikan kerana rating rendah.[petikan diperlukan]

Bersama-sama Ga-In Brown Eyed Girls, dia menyertai rancangan realiti We Got Married pada 3 Oktober 2009. Walaupun pada mulanya mereka cuma perlu membuat penampilan untuk istemewa Chuseok, akibat kemunculan mereka menyumbang kepada rating tertinggi, lantas pada Musim II, mereka diumumkan sebagai pasangan tetap.[6]

Dalam 2010, dia menjadi ahli tetap Family Outing 2.[7] Dia juga sekarang ini sedang berlakon dalam sitkom All My Love yang turut dibintangi Park Min Sun, Kim Gab Soo dan idol seperjuangan serta 'isteri', Ga-In daripada Brown Eyed Girls.

Muzik

Dia pernah bernyanyi bersama Jinwoon untuk lagu "몰라-ing" ("Molla-ing") Mei Doni, begitu juga dengan duet bersama Changmin berjudul "졸업" ("Graduation") pada 5 Februari 2009, dan "밤새도록" ("Sepanjang Malam") Baek Jiyoung dalam alum ke-7nya Sensibility. Dia ditampilkan dalam lagu dan video muzik lagu "덩크슛" ("Dunk Shoot") W&Whale pada September 2009.[8]

Pada 16 Disember 2009, dia mengeluarkan sebuah single digital "우리 사랑하게 됐어요" ("Kita Jatuh Cinta"), sebuah duet bersama pasangan We Got Marriednya Ga-In.[9] Lagu tersebut mengungguli beberapa carta muzik atas talian dan menang dua buah anugerah; pada K-Charts Music Bank dan "Muzik Latar Telefon Paling Popular" pada Gaon Charts.[10] 50 juta won daripada keuntungan lagu tersebut didermakan untuk membantu gempa bumi Haiti.[11] Atas usahanya ini, Jo Kwon telah diberikan sebuah anugerah di acara Korea Sharing Awards ke-3.[12]

Jo Kwon turut serta dalam album pakej semula Wax, Unplugged Side A. Jo Kwon menyanyikan duet dengan Wax berjudul "이별이야기" ("Lagu Selamat Tinggal"), dikeluarkan pada 24 Mac 2010.[13]

Pada 30 Jun 2010, Jo Kwon mengeluarkan single digital solo sulungnya berjudul "고백하던 날" ("Hari Ku Luahkan Perasaan"), sebuah lagu yang sebahagiannya dikarang semasa penyiaran We Got Married khas untuk Ga-In. Lagu ini mencapai tangga #1 di carta masa sebenar Cyworld pada hari selepas ia dikeluarkan.[14]